Selasa, 31 Januari 2012

Lawatan Open Day Pra Universiti SMSA pada 28hb Januari 2012

 28hb Jan 2012, seramai lebih kurang 36 orang pelajar SMPW (terpilih) yang terdiri dari tahun 11 telah diberikan peluang untuk melawat SM Sayyidina Ali Kuala Belait bagi mengetahui syarat-syarat kemasukan ke pusat tingkatan enam. Rombongan SMPW telah bertulak kira-kira pada pukul 9:50 pagi dan sampai di tempat yang dituju lebih kurang pada pukul 10 pagi.

Di sana pelajar-pelajar berpeluang untuk memikirkan mata pelajaran yang perlu mereka ambil untuk mencapai kepada cita-cita yang di impikan. Pemilihan mata pelajaran ini adalah berdasarkan daripada kelulusan mata pelajaran O level yang akan mereka tempuh di tahun ini kelak.

Pelajar SMPW merujuk kepada Guru Bahagian Kebajikan Sekolah bagi mendapatkan jadual cara belajar.

Berpeluang bertemu dengan ahli MPP SMSA dan berkongsi maklumat mengenai dengan aktiviti-aktiviti yang telah mereka jalani seperti Kursus Kepimpinan di United Kingdom dan America Syarikat. 

Antara wakil pelajar yang mengambil mata pelajaran Sociology

Apakah keperluan / kelulusan untuk mengambil pelajaran Geography? 
Dan apakah pekerjaan yang sesuai dengan adanya dari pelajaran ini?

Pelajaran 'Psychology' juga turut diperkenalkan sebagai pelajaran baru 2012 di SMSA. 

Cikgu Nor Sadiyah (HEP SMPW) bersama-sama 'Ex-Students SMPW' di SM Sayyidina Ali Kuala Belait

Apakah pelajaran yang awda ingin pelajari bagi menjurus kepada pekerjaan yang diminati?

Mengumpul maklumat / info mengenai satu-satu mata pelajaran.

Pilihlah pelajaran yang sesuai dengan minat dan kerjaya yang akan diceburi dimasa akan datang.
Sampai Jumpa Lagi. Sekian AsalamualaiQum~ (^^>)~




Khamis, 5 Januari 2012

Kursus Kepimpinan Belia Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) bagi Prefek & PRS SMPW ke Pulau Pelumpong

~ Kenangan Kitani Bersama ~


Pada Cuti Sekolah Penggal 4 Bulan Disember 2011, Bahagian Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah Perdana Wazir telah mengadakan Kursus Kepimpinan Belia ke Pulau Pelumpong Muara. Kursus ini diberikan kepada ahli-ahli prefek dan PRS sekolah. Ianya juga telah dan sudah diadakan selama dua hari satu malam pada 26hb dan 27hb Disember 2011 yang lalu. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada 20 orang pelajar dan 4 orang guru pengawas.

 Para peserta / pelajar yang menyertai Kursus Kepimpinan Belia OBBD

 Puan Hjh Sofinaz selaku Pengerusi Kursus ini mengucapkan Selamat Datang dan Tuan Zulkarnaen selaku Penyelaras bersama-sama dua orang jurulatih OBBD

 Guru-Guru Pengawas Cikgu Nor Sadiyah, Cikgu Norliza dan Cikgu Harmoney

 Seramai 24 orang peserta termasuk saya sendiri dipecahkan kepada dua kumpulan. Inilah kumpulan kami yang bergelar Kumpulan Awang Alak Betatar

 Aktiviti Suai-kenal (Ice-Breaking) daripada peserta dalam kumpulan. Peserta dikehendaki untuk menyatakan nama, tempat asal dan buah kegemaran.

 Jurulatih OBBD Hj Ruslan memohonkan setiap peserta untuk menyimpan barang-barang tegahan dan alatan yang berharga dan tidak boleh dibawa semasa menjalani kursus. Semua barangan / alatan perlulah disimpan di dalam tong yang disediakan.

 Pendaftaran Peserta

Contoh barang berhatga dan peralatan yang ditegah

 Selepas ice breaking, semua peserta menikmati jamuan pagi.

 Sesudah jamuan pagi, peserta dikumpulkan kembali bagi mendengar peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa kursus ini dijalankan.

 Aktiviti Rantai Nama. Setiap peserta perlu mengulangi semua nama, tempat asal dan nama buah dari peserta yang lain.

 Pengagihan Jaket Keselamatan

 Tong kecil berisi air yang disediakan bagi kegunaan peserta.

 Peserta daripada Kumpulan Awang Alak Betatar

 Jurulatih Hj Ruslan menunjukkan haluan perjalanan berkayak kepada peserta dalam kumpulan.

 Jurulatih menunjukkan cara memasang 'spray skirt'.

 Guru Pengawas Cikgu Mas Yusdi selaku Penyelaras & Peserta rombongan bersama pelajar-pelajar SMPW

 Jurulatih menunjukkan demo jika sekiranya kayak terbalik apabila berada di air.

 Guru Pengawas Cikgu Norliza dan Cikgu Harmoney menyaksikan demo.

 Semua peserta perlu menjalani latihan simulasi sebelum berkayak di air.

 Pengagihan makanan kepada kumpulan untuk dibawa oleh setiap peserta yang berkayak.

 Peta dan kompas diberikan kepada setiap ketua yang dilantik dalam satu-satu kumpulan

Our OBBD Medic Tuan Saidi Abdullah mengiringi peserta berkayak.

 Latihan berkayak kepada semua sebelum ke Pulau Pelumpong

 Kesusahan pada permulaan tapi masih boleh tersenyum

 Guru Pengawas dan pelajar berkayak bersama-sama

 Ketua kumpulan Muhammad Hafiz mengepalai rombongan berkayak. Dari Kompleks Sukan Air Serasa Muara berkayak ke Pulau Pelumpong mengambil masa lebih kurang 3 jam dan kami terus dikerahkan untuk mendirikan khemah tidur (ditunjukajar oleh jurulatih) dan melantik satu kumpulan khas untuk menyediakan makanan yang telah dibawa.

Pada sesi malam pula, kami dikumpulkan untuk mengadakan sesi kongsisama mengikut kumpulan. Kongsisama ini bertujuan untuk memperbaiki kekurangan / kelemahan yang telah dilalui sepanjang menuju ke Pulau Pelumpong. Setiap peserta diberikan peluang untuk menyuarakan pendapatnya.

 Pada jam 6 pagi keesokan paginya pula...kami semua dikumpulkan mengikut barisan dan menyanyikan lagu kebangsaan sebagai aktiviti permulaan. kemudian itu kami dikehendaki untuk mengemas kembali khemah tidur dan membersihkan tempat makan sarapan sebelum kami bertolak lagi. Pada jam 7:30 pagi, kayak pun tersedia rapi di persisiran dan kehangatan pagi juga dapat dirasakan oleh semua.

 Berkumpul ramai di tengah laut bagi menunggu peserta yang ketinggalan. "We Work as a Team"

 Berhenti di pulau yang berhampiran untuk berehat seketika, setelah penat berkayuh selama 2 jam

 Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 4 jam kerana kami berkayak melawan arus dan telah membuat perhentian sebanyak 3 kali.

 Alhamdulillah, sampai juga akhirnya ke Kompleks Sukan Air Serasa walaupun panas yang teramat sangat

 Aktiviti mencuci, membersih dan mengemas peralatan kayak secara berkumpulan. in i adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa tolong menolong diantara peserta.

 Terima Kasih kepada 2 orang jurulatih OBBD kerana memberikan tunjukajar dan menjaga keselamatan kami semua dalam menjalani kursus kepimpinan belia ini. (^^>)
 Kayak yang dibersihkan telah disusun rapi ditempat asal.

 Aktiviti Refleksi sebagai penutup. Setiap peserta dalam kumpulan diberikan peluang untuk menyatakan pengajaran yang diperolehi dalam menjalani kursus tersebut.

 Tersenyum Kerana Berjaya!! Tahniah kepada Pelajar SMPW, KB yang telah mengikuti.

 Sebagai Penutup, Puan Hjh Sofinaz merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada semua kerana berjaya menjalani kursus