PROGRAM INTERVENSI

PROGRAM INTERVENSI MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR TAHUN 10 CELIK




Tarikh : 29 Jamadilawal 1432H/ 3 Mei 2011
Hari    : Selasa
Jam     : 8.00 - 12.00

Aturcara:
- Sesi Taklimat Ringkas
- Kenali Diri
- Potensi Diri
- Rehat
- Matematik Kehidupan
- Masalah Belajar & Teknik Belajar
- Penilaian Program
- Penyampaian Sijil Penghargaan

Objektif
  • untuk muhasabah diri pelajar.
  • untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri, khususnya dalam bidang akademik.
  • membimbing dan membantu pelajar menggunakan pendekatan, strategi yang lebih berkesan dalam pelajaran untuk menjadi pelajar yang cemerlang bagi menghadapi peperiksaan akan datang.

Tajuk 1 : Diriku Yang Ku Kenal
  • Hobi / Kegemaran
  • Perkara yang tidak disukai
  • Motto / slogan belajarku
  • Impianku
  • Cita-cita dalam kerjaya
  • Institusi pengajian tinggi pilihanku
Tajuk 2 :
Potensi Diriku
  • Kehebatan Diriku
  • Kelemahan Diriku
Onak dan Duri yang Perlu Ku Lalui
  • Halangan dalam diriku
  • Halangan oleh persekitaranku
  • Halangan daripada keluargaku
Tajuk 3 : Matematik Kehidupan
  • Tugas sebagai anak
  • Tugas sebagai pelajar
  • Perkara sebenar saya lakukan di sekolah
Tajuk 4 :
Masalah Pelajar
  • Masalah yang dihadapi
  • Penyelesaian/nasihat
Teknik Belajar
  • Peta Minda
  • Kemahiran Mencatat Nota
  • Kemahiran Mengingat
  • [dan sebagainya]

Penghargaan yang tidak terhingga kepada:

Cg Hjh Noraini Ibrahim
[Pengetua SM Perdana Wazir, KB]

Cg Hj Haji Bin Hj Othman
[Kaunselor Perunding]

Cg Sadiyah Hj Sadim
[Guru Kanan HEP, SMPW, KB]

Kaunselor-Kaunselor Sekolah Kluster 4 & 5

AJK Program Intervensi Pelajar

dan kepada sesiapa jua yang telah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran  bagi menjayakan majlis ilmu ini.

Semoga Allah akan membalas dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang berkebajikan.


UCAPAN PENGETUA SEWAKTU PROGRAM INTERVENSI 2011
Ucapan Pengetua
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatu, Selamat sejahtera
Yang Mulia Cikgu Haji Haji Bin Othman, Kaunselor Perunding, Ketua Bahagian Kluster 4 & 5. Kaunselor-Kaunselor Sekolah Menengah Kluster 4 & 5, Hadirin  & Hadirat sekalian.
Selamat datang sekali lagi ke Program Intervensi Meningkatkan Motivasi Pelajar Tahun 10 CELIK yang diungkayahkan bersama Jabatan Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan dan juga Kaunselor Kluster 4 & 5.
Seperti tahun-tahun yang lalu, objektif program tidak lain tidak bukan ialah khas untuk pelajar, untuk mereka muhasabah diri, meningkatkan kesedaran dan motivasi agar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri,sementara kaunselor-kaunselor pula membimbing dan membantu pelajar-pelajar menggunakan pendekatan, strategi  berkesan agar pelajar bersedia dan boleh mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE 'O' level di akhir tahun ini.
Di harap para  pelajar dapat mengambil iktibar dan tahu akan kepentingan matlamat hidup agar lebih jelas, mengetahui kekuatan dan kelemahan dari dan seterusnya faham akan kualiti-kualiti pelajar cemerlang serta langkah-langkah untuk membangunkan potensi mereka sendiri. Di samping, itu diharap pelajar-pelajar dapat mengutip kemahiran-kemahiran yang berguna  berupa teknik-teknik belajar, mengulangkaji, baik cara individu atau pun berpasukan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaunselor-kaunselor Kluster 4 & 5 yang sudi hadir pada hari ini dalam sama-sama meyakinkan pelajar-pelajar yang mereka berpotensi dan boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan jika mereka berusaha dengan gigih, berdisiplin dan komited, bijak serta mahir mengulangkaji sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. Terima kasih cikgu atas kerjasama yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Hanya Allah s.w.t saja akan memberi ganjaran pahalanya. Amin...
Sekian. Wabilahhitaufikwalhidayah wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.