MULTIMEDIA



PERJUMPAAN [6] MULTIMEDIA TEAM 18 JUN 2011:



PERJUMPAAN [5] MULTIMEDIA TEAM : 16 JUN 2011

 Merakam suara watak yang berkenaan
 cuba menghasilkan bunyi membuka pintu untuk rakaman
perbincangan mengenai rakaman suara dan bunyi

PERJUMPAAN [4] MULTIMEDIA TEAM : 15 JUN 2011



PERJUMPAAN [3] MULTIMEDIA TEAM : 14 JUN 2011

 membuat lakaran, sebelum dimasukkan ke dalam multimedia flash
 sketching~
 Menerangkan kesan2 satu2 jenis dadah to our flash editor
 its better to have 3 heads than 1
 Our Flash editor Kamaliah Kifli
Membincangkan idea2 angle camera from 1 slide transition~place KK KOYA eheheeh...
teruskan perjuangan cg...

PERJUMPAAN [2] MULTIMEDIA TEAM : 4 JUN 2011

Membincangkan cara layout slides, penambahan & pencantuman antara slides
embincangkan perjumpaan seterusnya pada 14hb, 15hb & 16hb Jun 2011 cuti sekolah bertempat Bilik DNT SMPW (Design and Technology Room) atas conference room
Guru Pengawas Multimedia Flash Cikgu Hj Mohd Farizam menerangkan beberapa 'slides' yang akan dimasukkan sementara membincangkan progres perlaksanaan
Seorang Pelajar Multimedia Flash Team SMPW Kamilah, (story narrator + art designer + flash editor) menerangkan sinopsis jalan cerita scenes n slides~



PERJUMPAAN [1] MULTIMEDIA TEAM : 2 JUN 2011



___________________________________

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERTANDINGAN MULTIMEDIA PRESENTATION?



PERTANDINGAN MULTIMEDIA PRESENTATION PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA TAHUN 1432/2011M

Pengenalan:
Bahagian Kaunseing dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah menjalankan berbagai program yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Di antara pendekatan ialah melalui Pertandingan Multimedia Presentation, yang melibatkan sekolah-sekolah memengah dan maktab di negara ini. Pertandingan ini adalah merupakan pertandingan bagi kali ke-3.

Tema:
Tema bagi Pertandingan Multimedia Presentation bagi tahun ini ialah "JAUHI DADAH, DADAH MEMBAWA PADAH".

Objektif:
(1) Untuk mengwujudkan kesedaran  berterusan dikalangan pelajar tentang akibat dan kesan buruk penyalahgunaan dadah.

(2) untuk menyampaikan mesej pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah melalui teknologi maklumat.

(3) supaya sekolah-sekolah membuat penyelidikan tentang bahaya, hukuman dan undang-undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, menyebarkan dan mengongsikannya dengan semua pelajar.

(4) untuk menyampaikan mesej kepada ibu bapa dan masyarakat supaya melindungi anak-anak dan ahli keluarga daripada bahaya dadah.

(5) untuk memperlihatkan kepada pelajar tentang keceriaan dan kesejahteraan hidup bebas tanpa dadah.


Format & tempat pertandingan:

Peringkat Saringan : 22 dan 23 Jun 2011, Bilik Mesyuarat, Bahagian Kaunseling dan KerjayaJSS
/ ditunda kepada 28 & 30 Jun 2011.

Peringkat Akhir : 28 Julai 2011, Sekolah Menengah Masin / ditunda kepada 30 Julai 2011


Syarat-Syarat Pertandingan:
  • Pertandingan dibukakan kepada sekolah-sekolah menengah/maktab kerajaan sahaja.
  • Setiap sekolah dibolehkan menghantar satu pasukan sahaja.
  • Setiap pasukan mempunyai 5 orang ahli. sekurang-kurangnya 3 ahli adalah pemegang kad pengenalan Negara Brunei Darussalam (Kuning).
  • Masa yang diperuntukan untuk penyampaian persembahan adalah seperti pembahagian berikut:
- Masa persembahan tidak melebihi 5 minit dan tidak kurang darpada 3 minit.
- 5 minit bagi sesi soaljawab.
  • Persembahan adalah dalam bentuk :-
- Animasi
- Perisian (software) yang digunakan adalah Macromedia Flash 6.0 hingga 8.0.
- Isi kandungan persembahan hendaklah berkaitan relevan dengan tema pertandingan.
- Sesi soal jawab akan dijalankan selepas persembahan.