KURSUS ASAS DAN LANJUTAN PRS 2011
(1) Pendahuluan
Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] adalah individu yang masih bersekolah yang menggunakan konsep dan kemahiran menolong bagi membantu pelajar lain. Setiap sekolah menengah dan maktab di Negara Brunei Darussalam mempunyai PRS tersendiri sebagai pendokong dan pembantu kaunselor sekolah, guru-guru, pentadbiran sekolah dan Jabatan sekolah-sekolah dalam menangani, mencegah dan memulih pelbagai isu sosial, spiritual, intelektual dan fizikal pelajar. Bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berintegriti, berwibawa, bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu dan berkemahiran. Pelbagai program dan aktiviti telah dan sedang diaturkan bagi mengisi keperluan yang dikehendaki. Kursus Asas dan Lanjutan PRS adalah salah satu aktiviti yang dijalankan sebagai satu wadah membimbing, melatih dan melahirkan PRS yang berkualiti dan berguna.
(2) Tema
REMAJA HADHARI BERAKHLAK MULIA
(3) Matlamat
Membimbing, melatih dan melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti, berkemahiran, berwawasan, berintegriti dan berfikiran dalam mendokong hasrat sekolah dan Kementerian Pendidikan.
(4) Objektif
- Untuk membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberikan pertolongan kepada rakan-rakan mereka.
- Melatih kemahiran asas yang membolehkan mereka [PRS] berinteraksi dengan berkesan kepada rakan dan individu lain.
- Memupuk PRS menjadi orang dewasa yang peka, bertimbang rasa dan rela menolong.
- Melatih PRS melaksanakan program-program sahsiah kendiri.
(5) Golongan Sasaran
PRS Tahun 7, Tahun 8 dan Tahun 9 bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Kluster 4 & 5.
(6) Tarikh Perlaksanaan
Kursus Asas PRS
Tarikh : 24 & 26 Rabiulakhir 1432H/ 29 & 31 Mac 2011 [2 hari]
Tempat: Dewan Kemasyarakatan Kg. Pandan, Kuala Belait
Jam : 8.00 - 4.30
Kursus Lanjutan PRS
Tarikh : 23 & 24 Jamadilawal 1432H/ 27 & 28 April 2011 [2 hari]
Tempat: Dewan Serbaguna, SM Sayyidina 'Othman, Bukit Beruang, Tutong
Jam : 8.00 - 4.30
(7) Aturcara
Kursus Asas PRS
Hari Pertama
- Pendaftaran PRS
- Ucapan Kaunselor Perunding
- Minum Pagi
- Ice Breaking [ oleh Cg. Haslinda & Cg. Suzinie]
- Apa Dia PRS? [oleh Cg. Zahirin]
- Aktiviti 1 [oleh Cg Hj Ahmad Dahlan & Cg. Dk. June]
- Sembahyang Zohor seterusnya makan t/hari
- Kenali Diri [oleh Cg. Hj Rawi]
- Aktiviti 2 [oleh Cg Hj Ahmad Dahlan dan Cg Dk June]
- Minum petang seterusnya bersurai.
Hari Kedua
- Pendaftaran PRS
- Kau & Aku [ oleh Cg Hj Rawi]
- Minum Pagi
- Kemahiran Asas Kaunseling [oleh Cg Jaleha]
- Sembahyang Zohor seterusnya makan t/hari
- Isu-Isu Remaja Sosial [oleh Zaimah/Cg Wafi]
- Aktiviti 3 [Cg Dk June & Cg Zaimah]
- Minum Petang seterusnya bersurai
__________________________________________________
Kursus Lanjutan PRS
Hari Pertama
- Pendaftaran PRS
- Aktiviti 4 [Cg Hj Ahmad Dahlan & Cg Dk June]
- Minum Pagi
- Sayangi Diri & Hargai Masa Depan [Cg Hj Rawi]
- Sembahyang Zohor seterusnya makan t/hari
- Sesi Fotografi
- Pengurusan Masa [oleh Cg Norhaslinda]
- Aktiviti 5 [Cg. Mas Yusdi]
- Minum Petang seterusnya bersurai.
Hari Kedua
- Pendaftaran PRS
- Senamrobik
- Kemahiran Berhujah / Public Speaking [oleh Cg Zaimah]
- Minum Pagi
- Kongsisama PRS SM Muda Hashim, Pertunjukan Slide
- Latihan persembahan PRS
- Sembahyang Zohor seterusnya makan t/hari
- Aktiviti 6 [oleh Cg Hj Ahmad Dahlan & Cg DK. June]
- Majlis Penutup PRS
- Ucapan Wakli PRS dari SM Muda Hashim
- Ucapan Tetamu Kehormat dari Timbalan Pengetua SM Sayyidina 'Othman
- Persembahan PRS
- Persembahan Gulintangan dari pelajar SM Sayyidina 'Othman
- Penyampaian Sijil PRS & Guru Pengawas
- Ikrar PRS
- Doa Penutup
- Jamuan dan seterusnya bersurai
(7) Faktor Kejayaan Program PRS
- Sokongan dan kerjasama Pengetua, guru-guru dan ibubapa.
- Komitment guru pengawas, Kaunselor dan PRS.
- Minat dan penglibatan guru-guru lain.
- Masa yang cukup untuk kursus PRS.