Selasa, 25 Oktober 2011

Wednesday, 19 October 2011 , Hajah Saemah Zulkefli

Awas Penceroboh Di Sekolah

media-permata
Kuala Belait - Laporan percubaan menculik kanak-kanak sekolah baru-baru ini di beberapa buah sekolah telah mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa disusuli amaran peringatan yang disebarkan secara meluas melalui e-mel dan rangkaian sosial Facebook.
 
Berikutan amaran itu, beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta berusaha melindungi pelajar daripada kejadian tidak diingini dengan mengawal keselamatan pelajar di sekolah,

Di Daerah Tutong, sebuah sekolah kerajaan melaporkan bahawa penceroboh yang tidak dikenali dikatakan memujuk pelajar pulang bersama mereka dengan mendakwa mereka dihantar oleh ibu bapa pelajar terbabit, namun ditolak oleh pelajar.

Kejadian dikatakan berulang beberapa kali minggu lalu dan ibu bapa melaporkan kepada pihak sekolah. Berikutan perkembangan ini, pihak sekolah telah mengambil langkah berjaga-jaga terutama sekali di sekolah rendah. Pihak sekolah juga mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa meminta mereka mengingatkan anak-anak supaya tidak menerima sebarang pelawaan atau tawaran tumpang pulang ke rumah daripada orang yang tidak mereka kenali.

Guru dan kakitangan sekolah juga diarahkan untuk memantau pergerakan pelajar di samping memastikan keselamatan kawasan sekolah.

Selain itu, pelajar diberi taklimat mengenai peraturan keselamatan seperti tidak bercakap dengan prang tidak dikenali atau menerima tawaran menumpang daripada orang sembarangan.

Kejadian seumpama ini telah dilaporkan kepada pihak polis di Daerah Tutong. Sementara itu, Media Permata turut menerima aduan daripada ibu bapa yang mendakwa kejadian sama berlaku di sekolah anaknya di Daerah Belait.

Sehubungan itu, ibu bapa berharap agar pihak sekolah mengambil inisiatif memastikan keselamatan kawasan sekolah dan tidak membenarkan orang-orang tidak dikenali memasuki pintu sekolah selain mengawasi pelajar sehingga ibu bapa mereka datang mengambil mereka.

Polis ketika dihubungi bagaimanapun mengatakan tidak ada laporan sebarang kejadian seumpamanya berlaku di Daerah Belait setakat ini.

Khamis, 20 Oktober 2011

CERAMAH MOTIVASI MENCEGAH PENYELEWENGAN AKIDAH DI KALANGAN PELAJAR BAGI KAUNSELOR-KAUNSELOR SEKOLAH

Tarikh : 15 dan 17 Zulhijjah 1432 bersamaan 13 dan 15 Oktober 2011
Hari : Khamis dan Sabtu
Jam : 08.00 pagi - 12.00 t/hari (sesi pagi), 02.00 - 04.30 petang (sesi petang)
Tempat : Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama

















































Sabtu, 8 Oktober 2011

~WALKATHON~ ANJURAN MOE

Tarikh : 2 Oktober 2011 / 4 Zulkaedah 1432
Tempat : Padang SOAS, BSB
Jam : 7.00 am

~ menaiki TamBanG menuju ke Tambing...di subuh hari ~
~ Bersiap sedia untuk bersenam ~
~ bersama old friends , DP SM PAP Rashidah & DP AAC ~
Bersenamrobik sempena Sambutan Hari Guru 2011 di Padang SOAS BSB
Cikgu Hajah Noraini bt Ibrahim, Pengetua SMPW sedang melakukan senamrobi
~ Mempersembahkan "Gerai Kaunselor"~
~ Gerai Kaunselor No. 20 ~
~ Kaunselor Lawatan Cikgu Pengiran Mohd Yassin di Gerai BKK No. 10 ~ 
~ Menyusun jualan ~ 
~ Smiling Faces in the Morning ~ 
Kaunselor-Kaunselor sekolah bergambar ramai bersama Cikgu Hjh Gambar
~ Gerai BKK, Bahagian Kaunseling & Kerjaya No. 10 ~ 
~ Gerai Kaunselor ~  
~ Bergambar ramai di gerai BKK sebelah ptg ~ 

~ Suasana gerai di waktu petang bersama kaunselor ~ 
~ Menyediakan Jualan ~ 
~ Turut sama mengemas gerai~our kaunselor lawatan ~ 
~ Mengemas gerai kaunselor ~ 
~ Menyiangi tempat berjaja ~
~ Menyiangi tempat berjaja ~
~ yeahhh!!...Mari kita pulang!!..Tahniah Semua.. ~  
~Menara Payung~
~Menara Bandar Seri Begawan di Padang SOAS~