Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke upacara perhimpunan yang disertai oleh lebih 21,000 peserta perbarisan lalu serta kira-kira 7,000 peserta yang terlibat dalam acara persembahan padang.
Kibaran Bendera Negara
Persembahan padang Sekolah bersama Guru pengawas
Persembahan padang dari Pelajar SMPW
Prop "reflector" digunakan dalam persembahan
Tersenyum walau diwaktu panas
Melambai Saat Keberangkatan Baginda
Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait juga berpeluang untuk menyertai perbarisan lalu bagi menyemarakkan lagi suasana hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-28. Sekolah kita ditempatkan pada barisan yang ke-85 dan seramai lebih kurang 50 orang tenaga pengajar dan 100 orang pelajar telah menyertai perbarisan tersebut.
(Kanan ke Kiri) Cikgu Hjh Noraini (Pengetua SMPW), Cikgu Pg. Hjh Zeinuin (DP) & Mrs Phang (DP)
Guru-Guru Perempuan SMPW, KB.
Sedia Mengibarkan untuk mu
SMPW, Kb di Barisan ke-85
Ceria Bersama
Keseluruhan perbarisan dari semua pihak kerajaan dan swasta memang sudah bermula sejak dari awal pagi lagi. Perbarisan lalu berlangsung kira-kira jam 9:45 pagi yang dimulakan dengan guru-guru SMPW diikuti dengan pelajar-pelajar. Selepas perbarisan lalu, laungan ikrar dikotakan bersama. Sekolah kita juga tidak ketinggalan untuk menyertai dalam persembahan padang selepas bacaan ikrar. Majlis bersurai kira-kira jam 11:00 pagi.
~MYM~ / Mac / 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan