Rabu, 15 Februari 2012

Bengkel Perkembangan Kanak-Kanak (CDC) bagi Kaunselor-Kaunselor Sekolah

Bengkel ini telah berjalan selama 3 hari yang bermula pada 17hb hingga 19hb Januari 2012 di Sekolah Menengah Rimba II. Sasaran bengkel ini adalah untuk semua kaunselor-kaunselor sekolah seluruh negara bagi sama-sama mengenali dan mengesan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
Cikgu Haji Ali Yusri memberikan kata alu-aluan sebelum mempelawa Dr Hjh Mawarni.
Disesi pagi itu, kaunselor-kaunselor diberikan taklimat oleh Dr Hjh Mawarni mengenai pengenalan, peranan, tugas dan tanggungjawab serta perkhidmatan yang disediakan dalam 'Children Development Centre' (CDC)


Hari pertama disebelah petang juga, taklimat disambung oleh Pg Hartini Medical Psyc/CDC dengan penyampaiannya mengenai 'Parenting Adolescents. 

Di hari kedua ditempat yang sama, taklimat 'Learning Disability and Specific Disability' telah disampaikan oleh Dr Abang dan disambung pula oleh Dr Hjh Mawarni dengan taklimat beliau 'How to recognize child abuse and neglect. Di sebelah petangnya kaunselor-kaunselor sekolah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan contoh senario. dari itu setiap kumpulan adalah dikehendaki untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik berdasarkan teknik-teknik kaunseling.

Salah sebuah bangunan 'Children Development Centre' in Gadong

Wakil dari CDC mengalu-alukan kedatangan dan memberikan taklimat ringkas 
kepada kaunselor-kaunselor yang hadir.

Wakil Bahagian Perkhidmatan CDC. Salah satu perkhidmatan baru yang akan disediakan 
untuk kanak-kanak berkepeluan khas ialah perkhidmatan pergigian.

Bergambar di dalam unit pendengaran dan rakaman.

Cikgu Haji Ali Yusri (BKK) mengalu-alukan Awang Haji Kassim Pemangku Pengarah, JSS, 
Kementerian Pendidikan.

Sebelah petangnya pula adalah Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Bengkel Perkembangan Kanak-Kanak kepada kaunselor-kaunselor sekolah menengah dan maktab seluruh negara yang mana telah disempurnakan oleh Awang Haji Kassim bin Mohammad Yassin, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan