Isnin, 20 Februari 2012

Lawatan Sambil Belajar SMPW KB ke MKJB KB

Selesa, 7hb Februari 2012, 2:00 petang, seramai 20 orang pelajar Tahun 11 SMPW telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Kuala Belait dengan dua  guru pengawas iaitu Cikgu Mas Yusdi (kaunselor) dan Cikgu Nor Azlin (Kerjaya).

Antara Pelajar Tahun 11 bersama Cikgu Nor Azlin (Guru Kerjaya)

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bidang dan pelajaran yang di ambil. Seawal lawatan ini, kami telah disambut oleh wakil MKJB Cikgu Sofian dan Pengiran Mahali (in-service) Tentera Laut, yang mana akan mengiringi kami di sana.

Bersama Cikgu Sofian, mengiringi SMPW sepanjang lawatan.

Semasa lawatan ini, kami berpeluang untuk menyaksikan pertandingan 'World Skill" yang mana 6 pelajar terpilih diberikan satu senario masalah dalam bidang 'refrigeration' dan akan dikehendaki untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan tempoh masa yang diberikan. Ahli yang memenangi pertandingan ini akan dipertandingkan diperingkat ASEAN dalam bulan November 2012 nanti.

6 ahli dipertandingkan dalam bidang 'refrigeration'.

Menerangkan Jadual Pertandingan 'World Skill' Peringkat Negara.

Selepas menyaksikan serba sedikit mengenai pertandingan tersebut, kami telah dibawa ke bahagian ICT bagi menyaksikan pertandingan 'World Skill' dalam bidang 'Web Design'. Di sana kami diberikan taklimat ringkas dari tutor ICT dan melihatkan satu tayangan contoh dalam bidang berkenaan. Di tempat yang sama juga, pelajar-pelajar berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana mereka-bentuk 'web design'. Pelajar juga mencuba aktiviti 'hands on' dalam menggunakan 'software' tersebut.

Tutor Bahagian ICT MKJB mempamerkan satu tayangan contoh dalam bidang 'web design'.

'Hands on...Web Design'

Selepas dari situ, kami juga dibwa melawat ke bahagian 'plant engineering'. Di situ  juga diberikan taklimat ringkas dari tutor berkenaan dan menerangkan serba serbi mengenai bidang tersebut. dalam masa yang sama juga pelajar-pelajar dilihatkan satu demonstrasi bagaimana air dipam melalui saluran khas dan dikawal dengan menggunakan komputer.

Demonstrasi jentera air yang dikawal menggunakan komputer

Bergamabar ramai di akhir lawatan

Lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar ramai di antara SMPW dan semua wakil MKJB yang terlibat. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dalam memberikan info kerjaya yang sangat berguna.

~ MYM ~ Feb 2012 ~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan